SELAMAT DATANG



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

WELCOME TO MY BLOG


IKLAN

LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
Advertise Now!

Thursday, July 23, 2009

MENJAGA KESIHATAN



MENGAWAL MAKAN

Jarang sekali kita bertemu dengan wanita yang sangat berpuas hati dengan bentuk badannya. Ada yang mengeluh konon badannya gemuk sangat manakala ada yang menyangka terlampau kurus. Kedua-dua golongan ini perlu mengawal makan dengan betul supaya mendapat bentuk badan yang menarik dan sihat. Walau bagaimanapun kebanyakan kaum wanita tidak suka mengawal makan secara terus-menerus.


MENGAPA KITA PERLU MENGAWAL MAKAN DAN BETUL????

Kesihatan yang buruk sangat menyeksakan, sebaliknya kesihatan yang baik membolehkan kita menikmati hidup yang sempurna. Satu cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan badan ialah dengan mengawal makan secara teratur, iaitu memakan makanan berkhasiat dengan sukatan yang betul (seimbang) dan cukup berzat.

APA GUNA MAKANAN KEPADA KITA?

Makanan yang kita makan memberikan kita bahan pemanas dan tenaga untuk menjalankan tugas harian. Tenaga disukat dengan unit kalori. Seorang wanita biasanya memerlukan lebih kurang 2,200 kalori sehari. Dua pertiga daripadanya diperlukan untuk mengawal degupan jantung, pernafasan dan tugas-tugas lain badan dan satu pertiga diperlukan untuk pertumbuhan dan gerak-geri tubuh.

Selain berfungsi sebagai bahan pemanas atau tenaga, makanan juga melengkapkan tubuh kita dengan protein, vitamin dan zat galian bagi membekalkan pertumbuhan daging, darah dan tulang. Makan terlalu banyak yang melebihi keperluan badan menyebabkan makanan yang berlebihan hangus sebagai bahan pemanas atau bertukar menjadi lemak beku dan tersimpan di dalam badan.

4 comments:

  1. Makan, makan jugak tapi jangan terlebih makan sudah le. Kesihatan is number "ONE"

    ReplyDelete
  2. MAKAN UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK MAKAN

    ReplyDelete
  3. Puan Z makan masa boleh makan, esok dah sakit orang makan nanti makanan padang kita,kih 3 x

    ReplyDelete